Posts

Resepi Sambal Safar Enak Untuk Bulan Puasa

Image
  Resepi Sambal Safar Enak Untuk Bulan Puasa Bulan puasa @ Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Pasti ramai yang sudah mengumpul resepi-resepi sepanjang bulan puasa nanti kan? Senang bila dah ada resepi yang dah ada difikiran, tak perlu pening fikir kan lagi. Antara makanan yang perlu ada kerana iasnya mudah dan masak lebih awal ialah sambal. Kali ini saya nak share resepi sambal safar yang viral dan dibuat oleh Dato' Rizalman. Bahan-Bahan 1 mangkuk cili api merah + cili api hijau (kisar kasar) 2 ketul kiub ayam 3 ulas bawang putih (hiris) 1 gengam garam kasar 2 cubit garam halus 2 cubit gula 3 labu bawang merah (hiris) Minyak masak (banyak) Cara memasak: 1 Panaskan minyak masak dan masuk semua bahan tadi kecuali bawang besar. 2 Masa memasak hanya 5 minit. 3 1 minit sebelum tamat, masukkan bawang besar hiris dan kacau hingga lembut. 4 Dah boleh dihidangkan